Sunday, August 12, 2007

Saturday, August 11, 2007

Pengenalan Iqra Ala Internet


Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.

Iqra ala internet diperkenalkan bagi membolehkan seluruh umat Islam belajar al-quran di mana-mana sahaja dengan dikawalselia oleh guru al-quran yang bertugas. Konsep pembelajaran dilaksanakan secara bersidang melalui internet yang mana sesi pembelajaran dibuat secara terus dengan ustaz.

Pelajar perlu mendaftar terlebih dahulu dengan Ustaz Mastura bagi mendapatkan kata nama dan kata laluan untuk memasuki sistem iqra ala internet. Seterusnya pelajar boleh memuatturun program tersebut melalui laman web ini. Komputer pelajar harus mempunyai satu mikrofon bagi membolehkan ustaz mendengar bacaan pelajar. Sekiranya komputer pelajar mempunyai kamera, pelajar boleh meneruskan pembelajaran menggunakan sidang video dengan ustaz.

Diharap semua umat Islam dapat memanfaatkan kemudahan ini demi memantapkan lagi ilmu pengetahuan terutama dalam penguasaan al-quran.

Rahmatnyaaa...

Amin.

Yang Benar,

Ustaz Mastura Bin Hj. Mohamad
ustazmastura@hotmail.com
11 Ogos 2007



MUAT TURUN APLIKASI IQRA ALA INTERNET



Sila muat turun dengan menekan pautan di bawah. Pilih "Open" untuk terus install ke dalam komputer.

Download Sistem IqraAlaInternet - Saiz 8MB



Sekiranya komputer anda tidak dapat bersidang video dengan ustaz, sila install kedua-dua component di bawah.
i) DirectX 9.0
ii) K-Lite Codecs